Thursday, April 29, 2010

Ke-stupid-an.

HARIAN METRO 29/4/10

KUALA LUMPUR: Lakonan temberang seorang doktor ‘propa’ terbongkar selepas siasatan mendapati suspek sekian lama menyalahguna kerjaya untuk bergiat sebagai pengedar pil khayal Dormicum kepada penagih dadah.

Tambah mengejutkan doktor lelaki berusia awal 30-an terbabit sengaja menampal keratan akhbar berhubung kesan negatif pil psikotropik bertujuan menunjukkan seolah-olah dia bersih daripada gejala pengedaran pil khayal berkenaan.

:: bongok punya doc ! :: ada jugak taktik macam nih ? ::

Difahamkan hasil kegiatan menyelewengkan pil khayal itu, doktor terbabit memperoleh pendapatan sehingga RM60,000 sebulan.

:: agak menguntungkan di situ. tapi weh, halal ke duit ko tuh kasik mkn anak bini? ::


Sumber Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kegiatan doktor muda terbabit terbongkar selepas lapan pegawai penguat kuasa farmasi menjalankan pemeriksaan mengejut di klinik terbabit di Serdang, kira-kira jam 11 pagi semalam.

“Pil Dormicum berkenaan sepatutnya hanya boleh dijual kepada pesakit yang menghadapi tekanan perasaan atau masalah sukar tidur (imsonia), selain digunakan dalam prosedur pembiusan sebelum pembedahan,” katanya.

:: btw, Dormicum tuh apa?:: owh. Midazolam rupanya.:: ngeeee!~

Namun agak mengejutkan apabila pemeriksaan pegawai penguat kuasa farmasi gagal menemui kira-kira 20,000 pil Dormicum yang dipercayai sudah diselewengkan bagi tujuan tertentu.

“Hasil dari audit dilakukan, 20,000 pil Dormicum itu dijual kepada ‘orang tengah’ secara pukal sebelum dipasarkan kepada penagih yang menyalahgunakannya sebagai alternatif dadah gantian.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan buku rekod, doktor itu mendakwa menjual kira-kira 200 pil dormicum kepada 20 pesakit setiap hari.

“Dengan harga kira-kira RM10 bagi setiap biji pil Dormicum dijual, doktor terbabit mampu mendapatkan purata pendapatan RM2,000 setiap hari atau RM60,000 sebulan,” katanya.

:: gila untung ! :: tapi tetap bengong.:: cari duit halal laa beb! ::

“Ketika disoal siasat, doktor terbabit memberi alasan keratan akhbar itu bertujuan mendidik penagih yang datang ke kliniknya terhadap bahaya pil psikotropik. Anehnya pada masa sama dia turut membekal pil berkenaan,” katanya.

::POOOOOOOOOOOOOOOraHHHHHHHHH :: ko nih habis blajar ke tak nih??::

Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Akta Racun dan jika sabit kesalahan doktor terbabit boleh disabitkan dengan denda RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali.

:: Padan muka kau ! ::


nota kaki : sila JANGAN tiru. memalukan kaum.

Wednesday, April 28, 2010

Sesat.

Kos Entrance : RM30.
Kos suka-hati-tak-ingat-dunia di dalam : +/- RM20.
Kos Laksa : RM4.
Kos Pengangkutan : ikut budi bicara.
Kos Penginapan : Percuma.


HASIL : Fun + sengal2 badan
(owh..tidak lupa juga cara2 nak assess GCS.study gak beb ! HAHAHAHA.)

























nota kaki : tiada gambar ketika bersuka ria semasa bermain air. sgt sedey. T__T

Saturday, April 24, 2010

Mata Lebam.

Zaman dulu2, kalau nmpak ring hitam keliling mata, konon-nya study tahap maut. cehh..tak penah pun ! tapi faktanya di kala zaman batu waktu tgh study :

mata lebam = membakar minyak di tgh mlam.
(betul ke?)

Sekarang lain citer lah beb!

mata lebam = OVERDOSE tido.

Pagi : bgn tido pada jam tutttttttttt... =__="
Tghari : makan lunch tanpa sedar diri. (preparation utk catuan di malam hari)
Petang : mata mula layu di hadapan TV. layu. layu lagik. dan akhirnya pejam.eehhh....dah pukul 6 ?
Malam : main game di bilik sendiri. dapur adalah kawasan larangan bermula pukul 8. sampai bila mahu mengadap game. mula bosan. tutup lampu. berusaha utk tido sampai berjaya. malahan overdose pula. =_______="

Kitaran hidup bermula sekali lagi pada esoknya.

Pening kepala.



Friday, April 23, 2010

The Sims.

Bila bosan.
Bila rasa tak sedar diri menjelma di kala perlu study.
Bila tak tahu nak buat apa dah.




Ini lah teman setia. ^____^
dan di kala ini, saya sedang khusyuk main game yg tak sudah2 nih. kembali ke zaman kanak2 ribena tak sedar diri. bosan punya pasal.
tak mahu masuk dapur. merajuk tak habis lagik. cuma yg mampu hanyalah masuk dapur di alam maya sahaja. jadi la tu !


^__________________^


Wednesday, April 21, 2010

Surat Chinta.


Mak dah bising kotak2 buku blum berkemas. tapi rak nya blum ada lagik. so, buat masa sekarang buat bodoh sahaja lah yang mampu. sambil tahan telinga.
Ada laa jugak rasa rajin sedikit di lubuk hati. gagahkan diri melihat tempat kejadian. gullpp ! banyak sungguh kotak. cuit sana sket, cuit sini sket. last2 jumpa SURAT CHINTA. haha.




Walaupun zaman mula2 berchinta sudah ada internet bagai, tetapi encik jantung hati masih berjiwa sentimental. lihat sahaja surat2 di atas. hingga kan gambar pun dipos-nya. sweet.
>__<




Sampul surat chinta pertama yg sampai di rumah adalah kad raya dari beliau. walaupun beliau tidak mengatakan secara siaran langsung, tapi saya faham akan maksudnya bila dia menulis
alamat beliau di belakang sampul kad raya tersebut. cehh..nak suruh balas laa tuh. namun, kad raya tetap tidak kunjung tiba di rumahnya. hanya ucapan terima kasih yang dihulurkan. haha.




Inilah kad raya yang dimaksudkan. kartun yang konon2 brutal. nampak duit di atas? haha. encik jantung hati telah men-stapler-kan RM2 sebagai duit raya. dan sampai sekarang duit tersebut masih di situ. walaupun krisis kewangan tersangatlah dahsyat, RM2 tersebut masih survive dengan jayanya. tiba2 terfikir, adakah RM2 tersebut sbgai hint dari beliau untuk membalas balik kad raya nya itu? haha. sorry. agak blur ketika itu. hanyalah mood kanak2 ribena yang terbit di kala itu ketika mendapat duit raya. tak mampu berfikir secara teliti. HAHAHA.


moralnya, harus berterima kasih pada encik posmen yang terlibat dalam menghubungkan kisah kami. HAHAHA.


p/s: encik jantung hati sedang senyum lebar.


Tuesday, April 20, 2010

Catuan.

Dengan rasminya catuan makanan telah diisytiharkan oleh puan permaisuri rumah blok e-3-08 ini. berkuatkuasa serta merta dari hari semalam. catuan makanan bermula dari pukul 8 mlm hingga pagi esoknya. bergantung pada waktu bila mata terjaga dari tidur. setiap hari. diulang, setiap hari.


sekian.


T________________________________________________T



Friday, April 16, 2010

Kek Batik.

Bangun pagi. Semangat berkobar2. first time nak merajinkan diri. sebelum nih, makan saja yang rajin, buat nya tidak rajin.

bila mak tanya nak buat apa, dengan muka sengih dan dengan eksyen-nya jawab "adalaa.."
bahan2 dah sedia. proses pun bermula. dengan penuh yakin...nampak menjadi.
tadaaaaaaaaaa....kek batik sudah tersedia. Bismillah..

muka terkedu.



MANIS WEHHH !!


takyah tgg lama. on the spot bleh dapat diabetes.

btw, bukan lah kek batik tidak menjadi, cuma tersilap ukuran gula nya shaja ye. harap maklum.
mak balik. sah2 laa kena perli. T_________T

Hilang semngat nak masuk dapur dah.

Merajuk.




p/s : tiada gambar. kecik hati dengan kek batik sendiri.


Thursday, April 15, 2010

Diet.

Apa itu diet? hehh..tak paham la.
entry kali ini adalaa sket related dengan diet..tapi diet yang HANCUR. expected!

Lihat saja gambar di bawah.




Syurga perut.

Sekarang, sila anda nyatakan, bagaimana mahu resists semua yang tertera di atas? anda mungkin boleh..tapi saya..OHHH TIDAK ! wlaupun mak slalu berkata..makanan tak lari ke mana, tapi nafsu saya yg tidak lari nih mak! perlu consider gastrectomy selepas ini. *sigh*

juadah pertama : gambar melintang paling bawah. gambar lunch kami berempat. according to nab-tomyam bawah pokok. bila tiba di destinasi, pokoknya sudah ditebang, yg hanya dapat dilihat adalah atap zink. not bad...kenyang laa jugak.

juadah kedua : ais tingkap. nampak kan yang merah menyala di dalam gelas itu? sirap+kelapa+ais+ bijik selasih+ ntah apa2 lagik. di sini juga kami mencari2 tingkap yang dimaksudkan.rupanya sudah berubah jadi pintu.di sini juga hati awa telah terjatuh. ^__^

juadah ketiga : gambar melintang di tengah dan gambar menegak paling atas. Popiah Basah Padang Brown dan juga cucur udang. Basah sungguh popiah tersebut.banjir.agak terkaku seketika kali pertama.

juadah ke-empat: gambar melintang paling atas. juadah penutup-sotong and udang goreng tepung hammer bay. perut sudah mencapai tahap max.mula risau tentang lemak. T__T
anyway, thanx to liyana atas reminder yang diberikan melalui nab sebelum kerja memburu makanan bermula. >__<

satu hari belum cukup untuk menjejaki semua makanan di penang. jangan risau, bak kata mak, makanan tak lari kemana. HAHAHA.


Lihat lagi.


Lawatan sambil belajar.

Walaupun memburu makanan motif utama kami, memburu ilmu juga tidak kami lupakan. HAHAHA. ilmu di kala itu sahaja la. di kala ini, ilmu tersebut telah terbang bersama RM10 entrance fee.

Watak2 utama.



.Maftuhim.



.Sy.Nabilah.



.Awa.



Yang ini, takyah laa bitau nama dia.HAHAHA.



Lapar balik.







Sunday, April 11, 2010

Sengih.

Perbualan antara si ayah dan si anak.8.00 pagi.10 April 2010.

Si anak masih diulit mimpi yang enak. Si ayah memanggil dari luar bilik. si anak terus bangun 90 darjah. mengenangkan ganjaran yang akan diterima. citt..dah bajet awal2 akan dapat ganjaran.

Si ayah : kamu nak pegi PC Fair, nak beli apa?
Si anak : kamera, henset..bla bla bla.
Si ayah geleng kepala. sudah maklum sifat tamak haloba si anak.
Si Ayah : nah..abah bagi duit...bajet2 sket beli tuh. beli satu menda sudah.
Si anak sengih sampai ke telinga sambil menadah tangan.
Si anak : okeh. thanx.
Si anak masuk bilik dan sambung bergolek2 di atas katil.

maka, berjalan laa si anak bersama encik jantung hati nya ke PC fair.tak nmpak lain dah. terus serang booth kamera. tak tunggu lama. sambar satu kamera yg bersesuaian dengan bajet yg si ayah bagi. nak beli yg besar gedabak, tidak mampu dari segi kewangan dan ilmu menggunakannya. yg kecil sudeyyy. sengih lagik.



model bidan terjun.terpaksa menjadik model sambilan sementara selepas membeli kamera baru. dia suka sahaja.haha.



nah.muka gembira-dapat-kamera-baru di situ.terserlah sudah double chin.
T__T


Kenyang dapat kamera baru hanyalah sementara.perut sudah diminta isi. bila merayau di penang, sah2 laa makan nasik kandar. destinasi berikutnya-Kayu Nasi Kandar. jadik laa kan.asalkan nasi kandar. perut penang btol!



nasi.gulai.ayam.telur.lemak.gemuk.lemak.gemuk.tambah lagik double chin.nangis lagi.

org yg belanja.lihat saja muncungnya.gosip lagik.



Kamera baru sudah dapat.next target:henset baru. hahaha.si ayah perlulah bersedia. ^__^




maka tataplah anda gmbar mereka berdua.gambar penghabisan utk hari semalam.sila tahan loya.HAHAHA.



Wednesday, April 7, 2010

Saat Cuak.

Dinasihatkan awal2. entry kali ini akan menyebabkan anda menguji kesabaran anda sendiri. ini disebbkan terlalu banyak cerita yg perlu diketengah kan.cheewaahh! bajet byk sangat citer.

Obviously, entry kali ini adalah berkenaan saat,detik, dan ketika di mana saya menamatkan zaman undergraduate saya.akhirnya....pheew!!!~

Malam ahad.golek2 atas katil.pusing kanan,tak kena.pusing kiri,lg tak kena.tetapi, tidur tetap nyenyak hingga esok pagi. duhh..expected.

Pagi isnin. bangun lambat. buat macam takde menda akan jadi. mula kelam kabut angkat kaki dr bergosip bila nmpk org lain dah start menuju ke pejabat dekan.
Bertapa di depan board pejabat dekan macam pendatang asing.kengkadang upgrade jawatan jadi receptionist bila kena jawab fon dari mak abah tanya pasal result. dah start cuak+takde perasaan.
Kembali cuak bila nama takde dlm senarai viva. Gagal trus kah? T___T
Mak n abah ajak pegi lunch. tempat pilihan-ayam penyet sunway. makan tetap habis.jgn risau.gaya2 mcm takder menda jadi. perut kena jaga jugak beb!habis makan, baru start cuak balik. sekjap je. balik dr surau, tido trussss. duuhh...apa nak jadi.

Petang isnin. rama2 dalam perut makin aktif. gila ! tak penah2 rs mcm tuh. rs nak angkat kaki, lari pecut 100m before result kluar.tak sanggup nak tgk. tapi still terpacak di situ. masih macho. mula2 nun di blakang,tapi tetiba ehhh....dah sampai depan board?bila masa bergerak?eceh.
result kuar.pejam mata. bukak balik bila kena tolak dr blakang.kena tgk jugak.yeaahh....alhamdulillah.NOOR AZWANI RADUAN tertulis di situ.syukur.masih macho.tak nangis.dah jadi kebal kot.peluk2 ngan member lain.alhamdulillah.amek fon, call mak n abah.mak n abah juga macho.tak nangis.HAHAHAHA.

Malam.Dinner kat Armada Hotel.sesi wajib.wajib laaa bergambar.snap sana-sini, jalan2 mencari kamera.inilah nasib bg org yg miskin kamera.semua gambar atas ehsan org lain.waahh..sedih nih. pc fair...tgg ya!

Untuk tatapan.


Group 3.gonna miss u guyz~


Group 3 and 4.


With some lecturers.^___^



Friends.


Tatap lagi.

Skali lagi.

Harap maaf. sudah pening kepala mengadap blog.gmbr2 haruslah di-edit2 dan dimampat2kan.inilah jadi nya bila sindrom malas dtg menjenguk.

To all MBBS (Malaya) 2005/2010 friends, congratz guys!
Be a good and safe doctors yaa!!!







Tuesday, April 6, 2010

Alhamdulillah.

It's over with smiles.alhamdulillah.

Thanx to all.


p/s:mlm nih bz+letih.entry lain akan menyusul kemudian.=)

Saturday, April 3, 2010

Tembok Pecah.

Kononnya kebal sangat time exam final nih, rupanya lebur jugak! melangkah balik dr dewan peksa pg tadi mula2 dengan machonya, sampai bilik maf, mata mula merah. balik bilik sendiri, hilang trus macho. basah bantal dek tembok pecah. 5 minit. ok dah berenti. turun bilik awa, tahan...tahan...tahan...nmpk bantal, trus sondol kepala, hilang macho utk ke sekian kalinya. basah lagik bantal. T___T
mudah2an lulus laa exam final nih..risau la weh!*mode tawakal*




okeh.itu hanyalah sementara.bila si cikgu sudah sampai, sesi luahan perasaan pun berlaku.ada sedikit tanda2 sedih. tapi dengan sekelip mata, ia lenyap bila tiba di midvalley. pegi ukur setiap tingkat midvalley tuh sampai kebas kaki.disebbkan poket kosong,lihat barang saja yg mampu.telan air liur. tgg qilah sampai ngantuk2.but, kembali celik bila qilah blanja.MUAHAHAHA.dasar perut-tak-pnah-cukup.makan lagi.



Qilah blanja donut & coffee.suka!wajib laa suka sebab org yg blanja.skali lagik.lemak berkrim disukai ramai. encik jantung hati mesti geleng kepala.=__="




aktiviti wajib bg org gila gambar.


wajib laa letak gambar org yg blanja.tanda tidak lupa jasa baik. HAHAHAHA.


muka2 kesepian takder jantung hati masing2.putih mata tgk kapel di hadapan.acara wajib tetap berlaku.dah jadi hobi gedik depan kamera.



bila qilah dah nganga, anda pasti dapat teka sebabnya.acara wajib skali lagi bila kami berjumpa.apa dia agaknya?


sudah tentulah GOSIP.sila rujuk gambar di atas.gelak besar.hilang sopan santun.encik jantung hati geleng kepala skali lagik =__="




selesai sesi bersuka-ria-tak-ingat-apa-yg-jadi-pagi-tadi, sesi risau kembali lagi.


*sigh*

Friday, April 2, 2010

Tenang.

Fuhh..fuhh..sesak nafas!!

esok dah last day exam final.rama2 menari2 dan berterbangan lintang pukang dlm perut.sabar laa wahai jantung. jgn kerja kuat sangat. mahu pecah sudah rasanya ni!

kepada diri sendiri : sila tenangkan diri pada esok hari. jika taktau nak jawab soklan, tenang. jika menjadi blur, tenang. dan jika dah salah jawab skalipun, tenang juga. 3o minit je weh. rileks sudah. ko sengih2 sket, berpeluh2 jap sket sambil jwb soklan..krrinngg..abis masa. setel !

make it as a FINAL exam as medical student. end your 5 years with success. insya Allah.

Berusaha !