Wednesday, April 21, 2010

Surat Chinta.


Mak dah bising kotak2 buku blum berkemas. tapi rak nya blum ada lagik. so, buat masa sekarang buat bodoh sahaja lah yang mampu. sambil tahan telinga.
Ada laa jugak rasa rajin sedikit di lubuk hati. gagahkan diri melihat tempat kejadian. gullpp ! banyak sungguh kotak. cuit sana sket, cuit sini sket. last2 jumpa SURAT CHINTA. haha.




Walaupun zaman mula2 berchinta sudah ada internet bagai, tetapi encik jantung hati masih berjiwa sentimental. lihat sahaja surat2 di atas. hingga kan gambar pun dipos-nya. sweet.
>__<




Sampul surat chinta pertama yg sampai di rumah adalah kad raya dari beliau. walaupun beliau tidak mengatakan secara siaran langsung, tapi saya faham akan maksudnya bila dia menulis
alamat beliau di belakang sampul kad raya tersebut. cehh..nak suruh balas laa tuh. namun, kad raya tetap tidak kunjung tiba di rumahnya. hanya ucapan terima kasih yang dihulurkan. haha.




Inilah kad raya yang dimaksudkan. kartun yang konon2 brutal. nampak duit di atas? haha. encik jantung hati telah men-stapler-kan RM2 sebagai duit raya. dan sampai sekarang duit tersebut masih di situ. walaupun krisis kewangan tersangatlah dahsyat, RM2 tersebut masih survive dengan jayanya. tiba2 terfikir, adakah RM2 tersebut sbgai hint dari beliau untuk membalas balik kad raya nya itu? haha. sorry. agak blur ketika itu. hanyalah mood kanak2 ribena yang terbit di kala itu ketika mendapat duit raya. tak mampu berfikir secara teliti. HAHAHA.


moralnya, harus berterima kasih pada encik posmen yang terlibat dalam menghubungkan kisah kami. HAHAHA.


p/s: encik jantung hati sedang senyum lebar.


2 comments:

SuryaRahman said...

Pheewwwwittttt.

Noor Azwani Raduan said...

awwww....malu laa ! *gedik*

Post a Comment