Tuesday, May 25, 2010

Sudah Sampai.


It's Penang Hospital.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, May 19, 2010

1st step to hell.T____T

Hari ini bgn pagi dgn alarm clock yg sangat best.Terima kasih, wahai cik khadijah noh.

INDUKSI telah memanggil ! takde time lain ke kau nak panggil?

Sumpah seranah dah tak simpan dlm hati. Terus sembur secara siaran langsung. walaupun takde siapa2 yg dengar.Dapat dosa free.sudah gila kah?

Punah harapan. T__T

nota:kena bayar hutang dgn mak bapak sendiri lepas nih.sakit.

Monday, May 17, 2010

Encik Sesumpah.


Sudah seminggu hidup bersama encik sesumpah dlm rumah ni.

Dia nyorok kat blkg aircond, aku jeling2 dr bwh.
Bila dia main cak-cak dari bwh peti ais, aku angkat kaki naik atas sofa.
Before masuk toilet, inspection harus dijalankan terlebih dahulu.Risau ada haiwan kecil yg akan skodeng.

Yang hairan,
Dari mana datangnya haiwan ini?
Adakah haiwan ini boleh kecik-kan diri beliau?tular warna badan, aku tau la!
Bagaimana ia boleh survive tanpa mkn?ini yg kagum!
Macam mana nak bwk kluar haiwan terer ini?

Owh.berita terkini.
Hari ini encik sesumpah main hide-and-seek dgn mak.Encik sesumpah menang lagi.
Mak ckp, haiwan tersebut bukan lah encik sesumpah.Tapi dah upgrade jd anak biawak.
Haa??
Abah pulak ckp mak mengarut.Abah ttp pendirian ckp itu encik sesumpah.
Mak sengih.

Si anak lebih suka dgr jawapan si ayah.

nota : esok main hide-and-seek lagi.

Friday, May 14, 2010

Happy Moments.


Tarikh: 080510
Tempat : Sg. Gabai & Summit USJ
Ahli2 rombongan : Tuan punya blog, encik jantung hati (di malam hari), si cikgu dan pasangan, cik lemah lembut dan pasangan (sila tahan loya), penunggu setia JUSCO dan pasangan.

Aktiviti : Tak-hengat-dunia-seperti-biasa.














Atok, Opah & Si Cucu.

Sangat rindu kamu.
*sila abaikan kanak2 tersebut*

Opah pernah cakap,
Opah teringin sangat nak tgk cucu2 opah amek ijazah.
Alhamdulillah.ramai cucu opah dah dapat ijazah.

Opah pernah cakap,
Bila cucu opah dah jadi doktor,opah nak cucu opah yg check opah.
Alhamdulillah.cucu opah dah jadi doktor.tapi tak sempat nak jumpa opah lagi.

Opah pernah cakap,
Nak masuk tido, baca ayat kursi.
Itu yg cucu opah buat.

Opah pernah cakap,
Bila opah tak ada, jaga mak abah elok2.
Insya Allah.sampai tutup mata.

Opah pesan,
Bila atok & opah dah takde, jgn putus doa.
Tak pernah lupa.

Atok pernah ckap,
jangan cepat putus asa.
Alhamdulillah.dah sampai sini, tok!

Atok pernah ckp,
jgn kuat nangis.
Err..dah bleh maintain sket.

Atok pernah pesan,
jgn mkn ikan pari bkr byk sgt,nnt naik balik gatal kat kaki.
Ohh..makanan feveret.mana bleh, tok!

Atok mmg terer.
Kalau si cucu telefon sambil tahan nangis, kononnya down n stress sgt dgn study,
atok mmg terer teka. atok tak penah lupa doa.
Terima kasih atok.

Banyak lagi pesan atok & opah.
Insya Allah, tak pernah lupa.

Al-fatihah.
Moga roh Atok & Opah bersama2 org yg beriman.amin.


Tuesday, May 11, 2010

Kekasihku 50tahun.

Abah sudah 50 tahun !

HAPPY BIRTHDAY, ABAH.
ok..should be belated birthday.
smalam busy, arinih baru leh buat entry.harap maaf.

i love u.

From,
anak dara anda.HAHAHA.


Thursday, May 6, 2010

Derita.


Harap maklum. tajuk2 entry kebelakangan ini agak sadis.krisis hidup.

bagaimana rsnya bila anda mahu bersiar2 berfoya2 tetapi poket anda kosong? jika tidak kosong pun, amaran berjaga2 sentiasa on. mcm lampu ultraman kelip2 time nak kalah dah tu.

DERITA wehh!!

bila menapak ke dlm shopping mall, yang boleh dibuat hnyalah lihat, pandang dan telan air liur. nafsu tersekat.

bila mahu bersembang2 dengan rakan taulan, haruslaa ada air minum, makanan dan juga bhn kudap2an. mungkin pelu bawa air dr rumah sendiri barangkali. jimat. tapi tak sedap.

bila mahu bergerak ke sana sini, kereta perlu diberi zat2 mknan dan minuman yg mencukupi jika tak mahu ia batuk di tengah jalan. jika tidak mahu membawa kereta, duit perlu juga di laburkan ke pengangkutan awam. duit lagi.

nak mintak kat mak bapak. sudah mula berasa segan, malu dan nk sorok muka. bajet dah dewasa. tapi bila dihulur tanpa diminta, laju juga tgn menerima. rezeki jgn ditolak.HAHAHA.

tak pernah selesai. dan tak akan selesai dengan nafsu yg besar ini.

sakit otak.

nota : plan utk sabtu ini tetap berlangsung.jgn risau.cuma sakit otak laa sket.hurmph. T__T

Wednesday, May 5, 2010

Kena tipu.


Tidak lama lagi akan tamat sudah riwayat penimbang berat di dlm rumah ini. harapan yg diberikan palsu semata2. sedih.

hati girang bila mengenangkan berat sudah trun. sengih tak berenti.
mimpilah kau. hidup2 kau kena tipu.

muka bajet-tak-bleh-blah masa nak naik penimbang time buat medical c/up td. yakin 120% berat sudah turun. mata tak jeling2 tgk berat sendiri macam selalu. yakin nih.

akak nurse : ok dah. berat wani tutttttttttt kg.

nganga.

akak biar btul kak. tak percaya. tgk ngan mata sendiri. tak guna. dah laa tak trun beratnya. kasik naik lagik ada!
putih mata.
sempat sumpah seranah penimbang kat rumah dlm hati. berdendam.

amek henset. kira BMI sendiri.
putih mata sekali lagik.


siap kau wahai penimbang!


nota : balas dendam dengan makan. amek kau!



Tuesday, May 4, 2010

Sakit Jiwa.

Rasa marah.




Rasa sedih.




Rasa Takut.





Separuh gila.bakal gila.




Harapan punah.




Hidup dalam penafian.




End of May dah macam End of World.




Ohh induksi.kenapa kau perlu tiba?
Induksi--kerja--kena marah dgn senior doc. owh tidak lupa juga consultant.
perlu ucap selamat tinggal kepada katil, TV dan kehidupan yg meriangkan.T__T




Lexapro STAT !