Thursday, April 29, 2010

Ke-stupid-an.

HARIAN METRO 29/4/10

KUALA LUMPUR: Lakonan temberang seorang doktor ‘propa’ terbongkar selepas siasatan mendapati suspek sekian lama menyalahguna kerjaya untuk bergiat sebagai pengedar pil khayal Dormicum kepada penagih dadah.

Tambah mengejutkan doktor lelaki berusia awal 30-an terbabit sengaja menampal keratan akhbar berhubung kesan negatif pil psikotropik bertujuan menunjukkan seolah-olah dia bersih daripada gejala pengedaran pil khayal berkenaan.

:: bongok punya doc ! :: ada jugak taktik macam nih ? ::

Difahamkan hasil kegiatan menyelewengkan pil khayal itu, doktor terbabit memperoleh pendapatan sehingga RM60,000 sebulan.

:: agak menguntungkan di situ. tapi weh, halal ke duit ko tuh kasik mkn anak bini? ::


Sumber Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kegiatan doktor muda terbabit terbongkar selepas lapan pegawai penguat kuasa farmasi menjalankan pemeriksaan mengejut di klinik terbabit di Serdang, kira-kira jam 11 pagi semalam.

“Pil Dormicum berkenaan sepatutnya hanya boleh dijual kepada pesakit yang menghadapi tekanan perasaan atau masalah sukar tidur (imsonia), selain digunakan dalam prosedur pembiusan sebelum pembedahan,” katanya.

:: btw, Dormicum tuh apa?:: owh. Midazolam rupanya.:: ngeeee!~

Namun agak mengejutkan apabila pemeriksaan pegawai penguat kuasa farmasi gagal menemui kira-kira 20,000 pil Dormicum yang dipercayai sudah diselewengkan bagi tujuan tertentu.

“Hasil dari audit dilakukan, 20,000 pil Dormicum itu dijual kepada ‘orang tengah’ secara pukal sebelum dipasarkan kepada penagih yang menyalahgunakannya sebagai alternatif dadah gantian.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan buku rekod, doktor itu mendakwa menjual kira-kira 200 pil dormicum kepada 20 pesakit setiap hari.

“Dengan harga kira-kira RM10 bagi setiap biji pil Dormicum dijual, doktor terbabit mampu mendapatkan purata pendapatan RM2,000 setiap hari atau RM60,000 sebulan,” katanya.

:: gila untung ! :: tapi tetap bengong.:: cari duit halal laa beb! ::

“Ketika disoal siasat, doktor terbabit memberi alasan keratan akhbar itu bertujuan mendidik penagih yang datang ke kliniknya terhadap bahaya pil psikotropik. Anehnya pada masa sama dia turut membekal pil berkenaan,” katanya.

::POOOOOOOOOOOOOOOraHHHHHHHHH :: ko nih habis blajar ke tak nih??::

Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Akta Racun dan jika sabit kesalahan doktor terbabit boleh disabitkan dengan denda RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali.

:: Padan muka kau ! ::


nota kaki : sila JANGAN tiru. memalukan kaum.

0 comments:

Post a Comment