Monday, March 29, 2010

Ronggeng.

Tett Tett (bunyi msg henset).

Awek Best @ Mimie : Mama, ko ngah bt pe? ko bz ke?
Saya : Tgh study sket2.pesal? ko dtg sini (KL) eh?
Tiada reply.

Pantang btul bila msg tak berjawab time tgh excited tgg org tuh reply.012581..sila angkat fon. lalu, terlerai laa sudah persoalan. mimie datang! ngan AYOB. plan asal di otak, mahu lunch berdua dengan encik jantung hati, tapi bila 'twin' dtg, mula ngade2 plan menda lain. tetapi encik jantung hati tetap tidak ditinggalkan.jgn risau. untuk memeriahkan suasana, panggilan juga di buat kepada cikgu (fara) yg sedang ada hari anugerah kecemerlangan di skolahnya. apa lagik, melonjak sudah si cikgu berkenaan. selepas itu, panggil qilah pulak. nasib malang. dia sakit mata n dah awal2 chow balik ipoh. tgk gambar sajalah ye qilah!HAHAHAHA.

Destinasi pertama : IKEA. kes mengidam mkn meatball. Encik jantung hati yg tanggung kos. Terima kasih. lihat sajalah gmbar2 di bawah. malas nk explain lebey2 disini. sila refer caption di bawah gambar.





Cuba teka mana satu kepunyaan saya dan encik jantung hati. duhhh..terlalu obvious.



Sah2 laa nih bukan aku yg mkn. encik jantung hati saya mengamalkan gaya hidup yang sihat.banyakkan sayuran dan makan menda yg di stim kan sahaja.xpela.bagus.senang keje aku nanti.HAHAHAHA.mkn pucuk paku ulam2an dah laa lpas kawen ya!




makanan saya (obviously!).lemak.lemak.lemak.encik jantung hati tengok sahaja.




desert.kek daim. oh,lemak dan bergula lagi. nasib baik dikongsi berdua. tapi sah2 laa aku yang syok sendiri makan lebey kan. encik jantung hati tengok sahaja sekali lagi. ^___^




1st time utk mereka bertiga. lihat siapa yg makan paling banyak.sila refer pada saiz pinggan. air ber-straw dua. standard bila makan di ikea. kos harus dikurangkan semungkin boleh.


Destinasi kedua : Jalan Tar.keluar bersiar2 mencari tudung. masih tidak sedar diri exam akan berlangsung pada hari lusa.




kami terpaksa dihenyakkan di tempat duduk belakang.masih muat.haha.ok, teruskan perjalanan ke jalan TAR.




motif gambar: twin saya. sama ke?



kami decide utk naik lrt sahaja. disebabkan prihatin terhadap ibu mengandung, jadi kami benrkanlah dia duduk. KAHKAHKAH.




Sudah tiba. harap maaf. tiada gambar semasa beli tudung dan mengharungi lautan manusia di pasar malam Jalan Tar. dah nama pun tgh pilih tudung, mana ada masa nk tangkap gmbr weh.


Destinasi ketiga : sangkar.Balik ke sangkar semula lpas dah settle semua.badan letih, otak penat, kaki kebas. perfect. baru terhegeh2 pk pasal exam lusa nya. padan muka.



Nangis.

p/s : tiada gambar encik jantung hati.kepada beliau,anda juga yg suruh jangan masukkan gmbr tunggal anda itu.harap maklum.

Friday, March 26, 2010

Bertahan.

1st week dah lepas. tinggal lagi satu minggu. PENAT la weh.

post-mortem exam last week.

paper 2 (cpc) : so-so la.takleh yakin sangat.kang merana di kemudian hari.
paper 1 : dah mula goyang2. jawab soklan final cam jawab soklan exam end of posting. gila. x sayang marks langsung.
OSCE : ini lagi lah hancur. men jawab syok sendiri. bukan tahap jawab cam soklan end of posting dah, jawab macam buat latihan buku sasbadi waktu spm. gila kuasa dua.


next exam-clinical. gabra weh. performance kena mantop nih.
okeh, gi baca buku. nnt takde meroyan dalam exam hall.

STUDY!!

Sunday, March 21, 2010

Final exam MBBS 05/10 UM.

Tenangkan Hati dan Lapangkan Fikiran.

Usaha , Doa dan Tawakal.






GOOD LUCK & ALL THE BEST
UM MBBS 2005/2010 EXAM CANDIDATES


Semoga kejayaan milik KITA bersama.

Aminn....

Friday, March 19, 2010

Nafsu.

Pabila otak memerlukan sumber gula utk berfungsi, mula laa otak nih melayan nafsu makan yg tak penah nak berenti. Tengah2 mengadap buku, gmbr X ray tulang akan bertukar menjadi ayam KFC yg sangat rangup. Haihh. Ayam di dewan mkan mmg takleh challenge laa kan ngan ayam chicken chop kat kg baru. nafsu buang duit btul. malangnya, di kala ini ekonomi aku tidak lah begitu memberangsangkan.jadi terpaksalaa kuburkan saja niat itu dan di salurkan pada gambar2 di bwah ini. Tengok sajalah yg boleh.




Kita mulakan dengan yg simple2 dahulu. mashed potato KFC. ketagihan ini disebbkn sudah lama tidak menikmati hidangan terserbut. ok.esok boleh pegi beli.




Yang ini pulak adalah bubur nasik sup ani utara.walaupun skarang ini rasanya tidak lah sesedap dulu, tapi peduli apa aku.kalo dah kempunan, meleleh jugak air liur bila tgk gambar.
Tidak boleh dibeli dengan kadar yang segera kerana destinasi yang jauh.





Chicken chop ini nmpak menarik disebabkan gravy-nya. kau nmpak kan kentang goreng di bahagian tepi. itu yg menjadi daya penarik sebenarnya. dah boleh rasa mcm org putih bila makan chicken chop sbb guna pisau n garfu.oohhh..rendahnya threshold aku utk merasa seperti org putih.




Ini makanan kegemaran aku dan juga encik jantung hati. boleh je nk pecut keta pegi kdai tuh, tapi malas nak mengadap deretan kereta di federal hiway.kena tahan nafsu.





Err..sudah berbulan2 rsnya tidak menjamah hidangan ini.meatball IKEA mmg terbaek.lihat saja pada sos beri-nya.kentang goreng yg dicicah2 pada sos tersebut.daging yang dilimpahi sos gravy yang mengancam.ok.berenti.menggoda iman btul!


Tapi di kala waktu2 begini, yang paling sedap utk di makan hanyalah ini.








Dijamin kenyang sampai mati (kalo berkekalan tempatnya di otak dan hati).




Bertahan.

Thursday, March 18, 2010

Misi Ini.

Saya lakukan ini hanya utk MEREKA.

nota : "ini" = belajar habis habisan





Yang Pertama..




Dah tentu2 MAK saya.






Kemudian....



ABAH saya tentunya.




Tidak lupa juga untuk MEREKA.



Supaya mereka dpt memberi HADIAH grad utk saya. HAHAHA. ini jangka masa pendek punya fikiran.



LELAKI ini turut serta...


Encik jantung hati yang sangat dikasihi.*aauuwww*(saya kah yg berkata begini?)

Dan yang paling PENTING, ini adalah kerana......













Diri SAYA sendiri dan juga ALLAH s.w.t.









Semua ini akan dilaksanakan dan juga diraikan bersama MEREKA ini....


Good luck guyz~!
Tidak lupa juga utk rakan2 lain MBBS 05/10. Gmbr yg lain akan diupload kemudian. jika berkesempatan dan berkerajinan. berhabuk laa kau nak tunggu aku rajin. HAHAHA.



Wednesday, March 17, 2010

Dipaksa.

Mata dipaksa buka.


Otak dipaksa menerima.


Mulut dipaksa membaca.


Telinga dipaksa mendengar.


Liang minyak di muka dipaksa tersumbat (jerawat byk sgt!)


Hati dipaksa bersabar.


Jantung dipaksa bertahan.


Kaki dipaksa kebas.


Salur darah dipaksa menerima gula berlebihan.






NOTA : Sila bertahan untuk masa depan yg cemerlang, gemilang dan terbilang.

Percubaan pertama - Pecut

Tik tok Tik tok..time's running out, babe!

Pecut apakah yg dimaksudkan? pecut kereta kah? lari pecut kah?
Ini pecut pasal soal masa depan nih. antara hidup dan mati. antara hidup dengan penuh bangga ataupun segan nak hidup selepasnya. x main dah gear2 1..otomatik trus..tekan minyak dan jalan. touch n go.

Jikalau dulu rak buku dan meja study ku ini sangatlah tersusun kemas lagaknya seperti ini ..

Ini boleh dikira agak kemas yer susunannya.

kini..


Ribut taufan El-nino sudah melanda. ini pun lpas dah touch-up sket okeeyyy

Bila kapasiti otak sudah tidak dapat menampung bebanan yg perlu di muat turun, ini hasilnya.




Nota-nota haruslah disalurkan ke paper2 kecik yg perlu di lekat di hadapan mata agar memberi peringatan kepada tuannya.


Ini lah syndrome degil-taknak-prepare-awal namanya. dah last minute, baru terhegeh2 panaskan enjin. top up kad touch n go pun di saat2 nak sampai tol dah. camne laa nak byr tol kalo isinya tak ckup. camne nak amek exam kalo ilmu tak ckup.






Betul ckp mak.

Testing 1.2.3


Tuan empunya diri :


NOOR AZWANI BINTI RADUAN



masih bujang..tidak berniat mem-promote-kan diri.ngeeee...

Saya budak baru belajar.masih terpinga2 di kala ini.

YOssshh!!!
harus berusaha mengekalkan kewujudan blog ini ;p

Terima kasih.