Friday, March 19, 2010

Nafsu.

Pabila otak memerlukan sumber gula utk berfungsi, mula laa otak nih melayan nafsu makan yg tak penah nak berenti. Tengah2 mengadap buku, gmbr X ray tulang akan bertukar menjadi ayam KFC yg sangat rangup. Haihh. Ayam di dewan mkan mmg takleh challenge laa kan ngan ayam chicken chop kat kg baru. nafsu buang duit btul. malangnya, di kala ini ekonomi aku tidak lah begitu memberangsangkan.jadi terpaksalaa kuburkan saja niat itu dan di salurkan pada gambar2 di bwah ini. Tengok sajalah yg boleh.




Kita mulakan dengan yg simple2 dahulu. mashed potato KFC. ketagihan ini disebbkn sudah lama tidak menikmati hidangan terserbut. ok.esok boleh pegi beli.




Yang ini pulak adalah bubur nasik sup ani utara.walaupun skarang ini rasanya tidak lah sesedap dulu, tapi peduli apa aku.kalo dah kempunan, meleleh jugak air liur bila tgk gambar.
Tidak boleh dibeli dengan kadar yang segera kerana destinasi yang jauh.





Chicken chop ini nmpak menarik disebabkan gravy-nya. kau nmpak kan kentang goreng di bahagian tepi. itu yg menjadi daya penarik sebenarnya. dah boleh rasa mcm org putih bila makan chicken chop sbb guna pisau n garfu.oohhh..rendahnya threshold aku utk merasa seperti org putih.




Ini makanan kegemaran aku dan juga encik jantung hati. boleh je nk pecut keta pegi kdai tuh, tapi malas nak mengadap deretan kereta di federal hiway.kena tahan nafsu.





Err..sudah berbulan2 rsnya tidak menjamah hidangan ini.meatball IKEA mmg terbaek.lihat saja pada sos beri-nya.kentang goreng yg dicicah2 pada sos tersebut.daging yang dilimpahi sos gravy yang mengancam.ok.berenti.menggoda iman btul!


Tapi di kala waktu2 begini, yang paling sedap utk di makan hanyalah ini.








Dijamin kenyang sampai mati (kalo berkekalan tempatnya di otak dan hati).




Bertahan.

0 comments:

Post a Comment